Foto : Adakah Ini Kekasih Chacha Maembong?

on Sunday, November 24, 2013




Sebelum ini, sebuah portal hiburan tempatan telah berkongsi beberapa keping foto mesra antara Chacha Maembong dan seorang jejaka bernama Iqwal. Juga salah seorang penyanyi, kami yakin ada dari anda yang masih belum mengenali siapakah Iqwal Hafiz ini, kan?
Jejaka yang hangat dikaitkan dengan Chacha ini sebenarnya merupakan penyanyi yang mewakili Malaysia untuk World Championship of Performing Arts di Hollywood. Walaupun kisah mereka sudah lama diketahui umum, namun penyanyi dan pelakon ini bijak menyembunyikan kisah cinta mereka daripada diketahui ramai.
Menerusi laman Twitter Chacha, pelakon tersebut secara terang, retweet kembali sebuah status dari peminatnya yang mendoakan agar Chacha dan Iqwal berbahagia. Ini sekaligus mengiyakan gosip mengatakan Chacha dan Iqwal bercinta.
Foto : Adakah Ini Kekasih Chacha Maembong?
Berbanding Chacha, Iqwal dilihat lebih kerap memuatnaik fotonya bersama pelakon tersebut, dimana penyanyi itu turut menggelarkan Chacha sebagai #princessvampire
Untuk makluman, Chacha Maembong kini sibuk mempromosikan Mamee Chef  bersama Zizan Razak danKaka Azraff manakala Iqwal pula dilihat menumpukan sepenuh perhatiannya menerusi lagu terbaru Takdir Cinta.
Mari layan video mesra daripada mereka berdua selepas ini!





Like This Post ツ
Ranking: 5
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Oh Fesbuk ! All Rights Reserved