Hero AKA Abam Iyo Sudah Meninggalkan Kita

on Sunday, November 24, 2013




Mungkin anda semua sinonim dengan Hero atau Abam Iyo, seekor kucing yang diselamatkan oleh Papa Hero setelah dua kakinya di bahagian hadapan dipotong oleh individu kejam kerana mencuri ikan mentah di pasar sewaktu masih kecil pada tahun 2005. Iyo telah diselamatkan dan dirawat oleh Papa Hero sehingga sembuh dan sejak itu tinggal bersama Papa Hero dan keluarganya.

Baru-baru ini, Iyo disahkan mengidap leukemia oleh veterinar yang dirujuk oleh Papa Hero. Iyo bagaimanapun telah meninggalkan kita kira-kira sejam yang lepas disebabkan penyakit yang dihidapi yang semakin serius sejak disahkan positif leukemia oleh tuannya lebih kurang seminggu lepas.
Bagaimanapun, Iyo dan kisahnya akan kekal dalam ingatan kita sebagai satu ikon bagi menentang kezaliman dan kekejaman terhadap haiwan di negara ini. Sila ke KAKIMOTONG FAN CLUB untuk kemas kini mengenai Abam Iyo.





Like This Post ツ
Ranking: 5
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Oh Fesbuk ! All Rights Reserved