Kerana Gambar Di FB, Suami Bunuh Diri

on Monday, November 4, 2013





SEORANG jurutera perisian di wilayah Chennai, India membunuh dirinya selepas bertengkar dengan isteri barunya ekoran beberapa gambar perkahwinan mereka yang dimuatnaik ke laman Facebook.

Menurut sumber Younews.in, Chandan Kumar berusia 29 tahun dari daerah Jharkand dan isterinya Sandhya dari Chennai berkahwin di sebuah gereja di Chennai baru-baru ini walaupun ia ditentang keras oleh keluarga Chandan.

Sandhya beragama Kristian manakala Chandan berasal dari sebuah keluarga penganut Hindu menentang perkahwinan itu kerana perbezaan agama mereka.

Akhirnya Chandan mengambil keputusan membelakangkan keluarganya dan berkahwin di gereja dengan restu daripada keluarga Sandhya.

Selepas perkahwinan itu, Sandhya memuatnaik gambar perkahwinan mereka di Facebook dan menandakan (tag) nama Chandan sehingga ia diketahui sepupu lelaki itu yang kemudian memberitahu keluarganya.

Keluarga Chandan segera menghubunginya dan meluahkan rasa marah, kecewa dan tidak puas hati ekoran gambar-gambar berkenaan dan mahu ia dipadam segera dari laman sosial itu.

Bagaimanapun isterinya tidak bersetuju untuk membuang semua gambar berkenaan.

Pada Sabtu lepas, mereka berdua bertengkar dan tidur di bilik berbeza. Pada keesokannya, Chandan didapati tidak keluar daripada biliknya. Ketika pintu bilik dibuka, Sandhya mendapati Chandan telah mati dalam keadaan tergantung bersama sekeping nota bunuh diri.

Dalam nota berkenaan, Chandan berkata yang dia masih sayangkan isterinya tetapi kecewa kerana isterinya enggan membuang gambar berkenaan keluar dari Facebook dan dia mengambil keputusan mengakhiri riwayat hidupnya.





Like This Post ツ
Ranking: 5
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Oh Fesbuk ! All Rights Reserved