Walaupun penggunaan elektrik di kompleks Seri Perdana menelan belanja RM2.2 juta setahun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menganggapnya antara yang terendah dalam dunia.
Ini menurutnya jika dibandingkan dengan kediaman rasmi ketua kerajaan-kerajaan lain.
Tanpa memberikan perincian lanjut, Shahidan (kanan) berkata kerajaan Malaysia mengamalkan "sistem jimat dan cermat" dalam perbelanjaan untuk kompleks tersebut.
"Berdasarkan pemerhatian saya, ia adalah antara yang terendah di dunia kerana sistem jimat dan cermat yang kita amalkan," kata Shahidan sewaktu menggulung perbahasan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat tengah hari tadi.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan Anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang meminta Shahidan membandingkan perbelanjaan kompleks Seri Perdana dengan White House di Amerika Syarikat dan 10 Downing di Street di United Kingdom.
Menurut Shahidan, beliau memerlukan sedikit masa jika Liew mahukan perbandingan berdasarkan angka yang tepat.
Shahidan sebelum ini memaklumkan jumlah bil elektrik bagi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Seri Perdana sebanyak RM2,237,788.13 pada 2012.
Manakala sebanyak RM311,174.25 dibelanjakan untuk pembayaran air sepanjang tahun tersebut.
Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis beliau sewaktu menjawab soalan MP Seremban Anthony Loke.
Sumber : MalaysiaKini
Like This Post ツ
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.