Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza hari ini telah menggemparkan Malaysia apabila membuat satu tweet yang membidas tepat ke arah Menteri Belia dan sukan, Khairy Jamaluddin seperti paparan printscreen di atas. Datuk Siti telah menegur KJ untuk tidak biadap dengan orang yang lebih tua.
Rakyat Malaysia sudah maklum, sejak memegang portfolia KBS, KJ memang dilihat lantang dalam mengkritik pentadbiran FAM. Malah hingga kini, kemelut antara KJ dan FAM dilihat semakin berlarutan tanpa ada sebarang penyelasaian.
Orang muda khasnya dilihat menyokong penuh cara KJ mengkritik keras FAM dan mahukan perubahan segera. Namun, nampaknya golongan veteran yang berkecimpung dalam sukan bola sepak negara turut menyatakan kekesalan dengan cara KJ memberi teguran.

Ini yang berlaku terhadap Datuk Jamal Nasir,sebagai bekas kapten skuad kebangsaan dan ahli jawatankuasa FAM sebelum ini mengatakan bahawa beliau terguris apabila ada pihak, apa lagi seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap sukan negara, mengkritik secara melulu seolah-olah mahu melepaskan geram kepada individu tertentu dalam badan induk itu.
Malah, setelah berita itu dikeluarkan. Hari ini satu kenyataan balas KJ telah menempelak secara sinis kepada Datuk Jamal yang digelar "budak suruhan" namun dinafikan olehnya.
“Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur,” kata Khairy ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam.
Mungkin ada pro dan kontra-nya dalam konflik ini. Seharusnya kedua-dua pihak tidak seharusnya kerap kali membuat kenyataan media akhbar kerana orang ramai pasti memandangnya dalam sudut berbeza. Malah golongan berkepentingan seperti blog dan laman web politik pasti memberikan persepsi yang lebih teruk.
Maka, jika diteruskan sudah pasti tidak memberi apa-apa kebaikan. Semoga sukan bolasepak negara kita terus maju di masa hadapan
Maka, jika diteruskan sudah pasti tidak memberi apa-apa kebaikan. Semoga sukan bolasepak negara kita terus maju di masa hadapan
Like This Post ツ
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.