KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.
"Syabas pasukan Ops Cantas Bukit Aman... terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM Malaysia," ujar Khalid di laman mikto Twitter miliknya.
Sementara itu, menurut Facebook Polis diRaja Malaysia (PDRM), suspek berjaya diberkas jam 7.00 pagi tadi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi.
Penahanan dibuat atas maklumat yang diberikan kepada agensi itu.
Facebook yang memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu berkata, pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan.
Pihak polis merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keprihatinan dalam kes ini.
Like This Post ツ
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.