5 pelayan warga Vietnam ditahan

on Saturday, December 14, 2013




SENAI - Lima pelayan kelab malam warga Vietnam ditahan dalam serbuan dijalankan bahagian penguatkuasaan Jabatan Imigresen Johor di sebuah pub dan bistro dekat sini, malam kelmarin.

Serbuan yang diadakan pada kira-kira jam 10.39 malam itu, diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Anuar Zainal bersama 10 anggota dari Pejabat
Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang.

Anuar berkata, seramai 23 individu diperiksa dalam serbuan itu termasuk lima wanita warga Vietnam dan pelanggan warga tempatan yang terdiri daripada enam wanita dewasa dan 12 lelaki dewasa.

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu kesemua wanita warga Vietnam ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana gagal mematuhi syarat-syarat pas.

“Kesemua yang ditahan berumur antara 19 hingga 31 tahun kerana disyaki melanggar Perkara 39(b) Peraturan- peraturan Imigresen 1963.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-dua sekali,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pemilik premis turut ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang boleh dikenakan penjara tidak kurang enam bulan atau denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap pekerja diambil atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Anuar berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar untuk  siasatan lanjut.





Like This Post ツ
Ranking: 5
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Oh Fesbuk ! All Rights Reserved