Pengganti Paul Walker

on Thursday, December 26, 2013



Pengganti Paul Walker

FAST & Furious 7 dikhabarkan akan menunda tarikh pelancaran filem kepada tarikh baharu. Pada mulanya filem yang sarat dengan aksi perlumbaan kereta tersebut bakal ditayangkan pada 11 Julai 2014. Namun terpaksa ditunda kepada satu tarikh baru dan dijangka pada 10 April 2015.

Pengumuman tersebut telah dijangkakan oleh para peminat siri filem tersebut disebabkan kematian pelakon utamanya iaitu Paul Walker. Pengumuman dilakukan oleh Vin Diesel dalam laman Facebooknya.

“Kami telah menghabiskan adegan terakhir bersama-sama. Saya ada rasa pelik setelah menyelesaikan adegan tersebut. Dan sekarang filem ini telah siap dan bakal ditayangkan pada 10 April 2015,” katanya.

James Wan di berikan kepercayaan menerajui filem ketujuh ini menggantikan Justin Lin. Dikhabarkan, pihaknya terpaksa menulis jalan cerita ini berulang kali disebabkan kematian Paul Walker pada 30 November lalu.

Cody Walker, adik kepada mendiang Paul Walker dikatakan bakal memegang watak Brian O Conner yang sebelum ini dipegang oleh  Walker.





Like This Post ツ
Ranking: 5
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Oh Fesbuk ! All Rights Reserved