Ular 2013 Movie

on Friday, December 20, 2013







Sinopsis - Myra, adalah wartawan kontroversi yang telah diturunkan pangkat ditugaskan untuk membuat liputan tentang pelancaran pusat percutian impian di sebuah resort yang baru dibuka. Dia yang ditemani jurukameranya Remy, menyedari ada sejarah hitam yang disembunyikan oleh pemilik resort tersebut apabila satu persatu pengunjung yang memenangi hadiah percutian ke pulau itu hilang.Aziz, pemilik resort yang juga merupakan bekas banduan dan isterinya, Rohani terpaksa membuka resort tersebut kerana tekanan kewangan walaupun tahu tentang masalah habitat asal yang mengganas di situ. Sebagai langkah penyelesaian sementara, satu rangkaian pagar elektrik telah dibina mengelilingi bangunan resort bagi mengasingkan haiwan pemangsa pulau itu dari mengganggu manusia. Walaubagaimanapun, diatas kesilapan dua pengunjung iaitu JC dan Boy; pagar elektrik tersebut telah dipadamkan menjadikan keadaan huru-hara apabila ribuan ular yang kelaparan keluar membaham mangsa. "Ular" sebuah filem aksi 'creature feature' yang menggambarkan sifat semula jadi manusia apabila berdepan dengan situasi hidup atau mati.




Like This Post ツ
Ranking: 5
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Oh Fesbuk ! All Rights Reserved