Disiasat pegang kemaluan

on Thursday, January 9, 2014



Disiasat pegang kemaluanGambar Di Maria (kiri) dilihat memegang kemaluannya pada aksi Liga Sepanyol, awal pagi kelmarin.
Madrid: Real Madrid melakukan siasatan dalaman selepas pemain sayap dari Argentina, Angel Di Maria dilihat memegang kemaluannya ketika dia digantikan sewaktu pasukan itu menewaskan Celta Vigo 3-0 pada aksi Liga Sepanyol, awal pagi kelmarin. 

Di Maria yang digantikan dengan Gareth Bale pada pertengahan separuh masa kedua aksi di Stadium Bernabeu itu dan menerima siulan kuat daripada penyokong Real sewaktu dia berlari keluar menuju tepi padang berkata, ia hanyalah tindakan semula jadi dan memohon maaf jika ada sesiapa yang berasa tersinggung. 
Insiden berkenaan menjadi perdebatan secara meluas di kalangan media Sepanyol dan Argentina sehingga mendorong spekulasi bahawa Di Maria, yang kurang mendapat peluang penampilan sejak kehadiran Bale mungkin dijual pada perpindahan Januari atau hujung musim nanti. 




Like This Post ツ
Ranking: 5
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Oh Fesbuk ! All Rights Reserved