KUALA LUMPUR - Buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam ini, tiada detik menanti 1 Januari.
Detik itu digantikan dengan sambutan bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat.
Perkara ini terjadi dek kerana 'kejayaan' peserta Turun memberhentikan konsert KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.
Bagi menyelamatkan keadaan kerana 'kejayaan' peserta Turun tersebut, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tampil ke atas pentas konsert bagi menenangkan keadaan.
Ucapan beliau mengenai perlunya rakyat menjaga keharmonian serta keamanaan negara, walaupun di 'boo' peserta Turun sedikit sebanyak membantu menenangkan keadaan.
Setakat ini, peserta Turun masih kekal berada di hampir keseluruhan kawasan Dataran Merdeka, seperti tadi keadaan masih terkawal.
Like This Post ツ




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.