![](http://www.astrogempak.com.my/DesktopModules/PackFlashPublish/Resources/handlers/imageResize.ashx?image=/Portals/2/artis%20tempatan/raja%20azmi.jpg)
Kecoh baru-baru ini produser Raja Azmi lantang bersuara mengenai isu bertudung menerusi sebuah program tv tempatan. Akibat daripada kenyataan panas yang diluarkan oleh Raja Azmi menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana dituduh tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia terutamanya mereka yang beragama Islam.
Namun baru-baru ini Raja Azmi sekali lagi tampil untuk menjelaskan isu bertudung yang menjadi perbualan ramai pihak sehingga ke hari ini.
“Kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya yang tidak bersetuju wanita tak bertudung akan masuk neraka?
“Sebenarnya saya bercakap sebagai seorang Islam yang punya pandangan tersendiri. Tak semestinya wanita yang bertudung itu sah akan masuk syurga tanpa dihisab dengan amalan yang lain.
“Adakah berdosa besar saya yang baru pulang dari Umrah ini tidak bertudung? Menutup aurat bukan di kepala sahaja.
“Saya tidak mahu tudung itu digunakan untuk menutup segala kesalahan yang lain tanpa menitik beratkan amalan yang lain,” jelas Raja Azmi panjang.
Raja Azmi juga dilaporkan seolah-olah telah mendedahkan pekungnya sendiri apabila dikatakan bercerita mengenai ibadat solatnya yang masih lagi tidak dapat dipenuhinya itu.
Katanya lagi, buat masa ini dia belum bersedia lagi hendak bertudung dan kini sedang berusaha melngkapkan amalan-amalan agama yang lain.
“Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak perlu.
“Pada saya, lebih baik saya mempertingkatkan amalan ibadah dan jariah yang lain dahulu sebelum mengambil keputusan sepenuhnya bertudung,” jelasnya lagi.
Raja Azmi berkata lebih baik orang ramai fokus pada isu wanita bertudung yang lain yang dikatakan banyak melakukan perbuatan maksiat.
“Sekarang ini pun wanita bertudung ramai juga yang melakukan zina dan maksiat. Di akhbar juga banyak wanita bertudung dilaporkan melakukan aktiviti tidak bermoral dan sebagainya. Paling teruk ada juga yang sanggup menipu pakej Umrah dengan hanya berpakaian seperti orang yang alim dan baik,” luahnya lagi.
Like This Post ツ
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.