![QZ8501](http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.345497.1419774736!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg)
JAKARTA - INDONESIA. Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang pada 7.24 pagi Ahad lalu menemui satu mayat di Selat Karimata, dekat Teluk Air Hitam, Kalimantan Barat, dekat sini, hari ini.
Portal berita Detiknews melaporkan, proses pemindahan mayat tersebut sedang dilakukan pasukan SAR itu dengan menggunakan helikopter Super Puma.
Menurut portal berita itu, berdasarkan tayangan stesen tvOne, mayat ditemui terapung di Selaty Karimata, kira-kira jam 3.40 petang tadi, iaitu tidak jauh dari penemuan serpihan bahagian pesawat malang itu.
Ketika ditemui, mayat terbabit berpakaian hitam dan usaha untuk memindahkan jasadn tersebut dilakukan oleh seorang petugas pasukan SAR yang turun menggunkan seutas tali.
Like This Post ツ
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.