'Tolong jangan pertikai nazar saya'

on Saturday, November 9, 2013




MARAN - “Jika ada facebook, mahu saja pakcik balas komen orang ramai yang pertikaikan nazar pakcik berjalan kaki ke Stadium Shah Alam ini”.

Demikian luahan seorang penyokong setia Pahang, Abdul Majid Hamid, 57, terhadap komen negatif orang ramai berhubung nazarnya berjalan dari Kuantan ke Stadium Shah Alam selepas pasukan Tok Gajah menjuarai Piala Malaysia.

Abdul Majid berkata, dia mengetahui komen negatif itu selepas ditunjukkan beberapa orang ketika tiba di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Maran iaitu destinasi perhentian kedua dalam misi menunaikan nazar bermula Rabu lalu.

Menurutnya, walaupun dilontarkan kata kurang menyenangkan namun dia tidak menganggap ia halangan malah niat membayar nazar itu tetap diteruskan.

“Pakcik ada baca komen yang pertikai kenapa pakcik tidak bernazar ke Makkah.

“Ingin sahaja pakcik balas begini, jika diberikan kekuatan luar biasa dan ilmu berjalan atas air, pakcik akan berjalan ke Makkah. Doakan pakcik sihat,” katanya.

Abdul Majid berkata, dia bertolak dari hentian pertama di R&R Gambang seawal jam 6.45 pagi dan tiba di R&R Maran pada jam 5 petang untuk rehat serta bermalam di situ.





Like This Post ツ
Ranking: 5
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

{ 1 comments... read them below or add one }

titan said...

ya, tak perlu pertikaikan. biar la dia nak nazar apa pun.


November 9, 2013 at 1:48 PM

Post a Comment

Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Oh Fesbuk ! All Rights Reserved