Klasik!!! Tiada siapa sangka perkara sebegini akan terjadi. Memang di luar dugaan sungguh. Abang Nara sendiri terkejut apabila Rebecca Nur Islam berkongsi sekeping gambar duit syiling yang banyak di akaun media sosialnya. Daripada caption yang ditulis, nampak gayanya duit syiling 5 sen tersebut adalah daripada Erma Fatima, yang diarahkan membayar saman sebanyak RM11,200 kepada Rebecca.
Siapa sangka perkara sebegini akan berlaku. Nampak gaya Erma Fatima memang “sinis” juga orangnya. Rasa nak tergelak pun ada jugak. Namun Abang Nara memahami perasaan Rebecca. Mesti sedih diperlakukan sebegini.

Yang pasti, mesti Rebecca mengambil masa yang lama untuk mengira satu demi satu duit syiling tersebut. Silap-sila boleh ambil masa sehari.
Turut sama dihantar ialah sebuah kotak yang mengandung kitab AL-Quran. Agak pelik juga kenapa disertakan sekali Al-Quran. Sukar difahami sungguh motif Erma Fatima. Apa kata anda? Wajar ke perkara sebegini dilakukan?Like This Post ツ




{ 1 comments... read them below or add one }
entah apa2 lah perangai si erma fatima ni..dah kalah mengaku kalah ajer lah..bg kitab al-quran tu konon nak suruh org bertaubat lah tu..mcm ni perangai pun ada.mentang2 konon pengarah yg hebat,apa ke hebatnya,filem2 dia aku tgk xde lah laku sgt..filem syok sendiri..baik cam david teo tu,buat filem yg org suka tgk..modal pun ciput jer.
December 4, 2013 at 12:51 PM
Post a Comment
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.