Putrajaya: Lukisan ‘orang lidi’ bertajuk Keluarga Saya dipercayai dilukis seorang daripada tiga anak pramugara pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 Wan Swaid Wan Ismail menyentuh perasaan sesiapa yang melihatnya.
Pada lukisan itu, kelihatan lima ‘orang lidi’ dan setiap satu ditulis nama panggilan merujuk kepada Wan Swaid, isterinya Nur Laila Ngah dan tiga lagi ‘orang lidi’ digambarkan sebagai anak pasangan terbabit yang berusia antara enam dan 12 tahun.
Lima ‘orang lidi’ itu dilukis seolah-olah sedang berjalan bersama sambil berpegangan tangan, seolah-olah mengambarkan anak pramugara pesawat itu terlalu merindui bapanya.
Gambar lukisan itu boleh dilihat menerusi akaun Instagram milik Wan Muhd Izzat Wan Nazli iaitu anak saudara Wan Swaid yang dimuat naik kelmarin.
Selain ‘orang lidi’, beberapa lukisan lain turut kelihatan pada akaun Instagram itu yang mendoakan serta berharap pesawat MH370 segera ditemui.
Antara lukisan lain yang menyentuh perasaan ialah lakaran tiga tangan serta mempunyai tulisan ‘we are waiting for you’ (kami menantimu).
Ia dipercayai dilukis Wan Afrina iaitu anak perempuan tunggal Wan Swaid dan Nur Laila.
Lukisan lain yang turut meruntun jiwa ialah lakaran pesawat MH370 bersama beberapa tangan manusia menggambarkan rakyat Malaysia menanti kepulangan semua penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.
Malah, turut ditulis pada lukisan itu ialah ‘#prayforMH370’ (doa untuk MH370) dan ‘please come back’ (tolong kembali).
Like This Post ツ



{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.