MH370 : Rakan sejawat rindu gurauan Noorida

on Saturday, March 29, 2014



Kuala Lumpur: “Kalau minyak kapal terbang habis sebab pusing negara lain dulu, mungkin aku tak akan balik dah,” Itu gurauan Noorida Mohd Hashim, 57, sehari sebelum menaiki penerbangan MH370 ke Beijing ketika menghadiri jamuan perpisahan yang dibuat untuknya.
Bagaimanapun, gurauan kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu tidak diendahkan rakan sekerjanya berikutan sifatnya yang memang gemar bergurau.



Rakannya, Dr Hayati Abdullah berkata, kehilangannya tamparan hebat berikutan sikap bersahaja rakannya itu membuatkannya gembira.

“Saya betul-betul tidak sangka rakannya akan hilang bersama pesawat berkenaan. Sedangkan jamuan yang diadakan itu adalah yang terakhir.

“Walaupun kami berbeza bidang kuasa, Noorida tidak pernah jemu berkawan dengan semua orang dan kini saya terlalu merindui gurauannya yang mampu membuat saya gembira dan menghilangkan tekanan,” katanya.

Bagi Khadijah Masum, 58, dia hanya mampu mengalirkan air mata selepas mendengar berita penerbangan MH370 dinaiki rakannya itu hilang pada pagi 8 Mac lalu.
“Noorida sempat menasihatkan saya untuk sentiasa berdoa dan melakukan solat hajat untuk kesihatan suami yang menghidap angin ahmar kerana segala yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT.

“Selama 35 tahun saya berkawan dengannya, tidak pernah dia melukakan hati saya, malah sentiasa membuat saya tersenyum dengan sifat cerianya,” katanya. Manakala bagi seorang lagi rakan Noorida, Mohd Yusof Abdul Matheen, 50, berkata, rakannya itu sepatutnya bersara pada umur 60 tahun, namun mengubah keputusannya untuk bersara awal dengan alasan untuk menunaikan lebih banyak ibadah.





Like This Post ツ
Ranking: 5
Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ohfesbuk! tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Oh Fesbuk ! All Rights Reserved